Want your
own Fotopage?







 
hanis's FotoPage

By: hanis amin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 22-Dec-2009 01:14 Email | Share | | Bookmark
Nikah+walimah abang@Pekan

bawa hantaran dari rumah
menyiapkan sirih junjung @ rumah rehat pekan
siapkan bunga rampai
 
tolong sibuk jugak
 
dah siap..
hias hantaran coklat pulak
makan malam pada hari jumaat
View all 83 photos...
Alhamdulillah, abangku dah pun menjadi suami orang. Harapnya dia dapat menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dan reasonable. abangku jenis tak banyak cakap tapi kalau dia marah takut tau.

Nikah dan walimah diadakan di rumah pengantin perempuan di Pekan, Pahang. Dua minggu lagi kenduri sambut menantu pula dari keluarga kami. Tapi kami tak buat di rumah, buat di dewan aje.

Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin. Barakallahumma..

p/s - masa ni baby 20 minggu dalam perut ummi = 5 bulan

Care to comment?


Tuesday, 24-Nov-2009 01:37 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga JKR

start dengan gambar suami tercinta
eh..mana bola ni tak sampai2
kejar-kejar bola
dengan kawan baik dia
 
waaahhh...tingginya serve bola tampar
View all 39 photos...
Kali ni ikut suami pergi Hari Keluarga JKR cawangan hubby. Sebagai isteri yang setia(chewahh) pegi la ikut. tapi tak join main-main sebab hubby tak bagi. Orang mengandung takleh lasak-lasak kata dia. so kita tengok je la dia main.

Sampai je selepas check-in dan berehat sekejap, petang tu acara sukan bola sepak dan bola tampar. Malam tu pula acara dinner dan cabutan bertuah. Dan ada jugala sesiapa yang nak menyumbangkan suara untuk karaoke. Cabutan tu semua orang memang dapat, cuma no berapa je la. Alhamdulillah, kami dapat lampu tidur dan apa ye lagi satu, toaster kot.

esoknya pula, lepas breakfast ada sukaneka. Yang ni abang tak masuk, so kami join amik gambar je. Tengok air rasa seronoknya nak mandi. Tapi masa tak mengizinkan. Habis sukaneka terus upacara penyampaian hadiah, check-out, lunch dan balik.

On the way balik sempat beli bantal kekabu 2 biji.

p/s - alamak..tersilap tarikh... ingat nak tukar 24 oktober, terlupa pulak. jadi 24 nov.

Care to comment?


Monday, 23-Nov-2009 05:39 Email | Share | | Bookmark
makanan jepun

my beloved hubby
set makanan
nasi dengan unagi dan tempura labu
View all 12 photos...
13 November - kami pegi makan makanan jepun di Sakae Sushi, One Utama. Sempat makan set nasi, unagi, tempura, chawan mushi dan miso shiro. Dalam masa yang sama sempat juga rembat 3 pinggan sushi. Sushi salmon bakar, unagi dan salmon mentah. Cuma wasabi dia tak berapa kuat. dah letak banyak pun still tak terasa. Berselera betul makan. hehehe.

Cerita lanjut di http://journey2ilahi.blogspot.com/2009/11/makanan-jepun.html

22 November - malam semalam pula kami buat okonomiyaki di rumah. Ini di'request' oleh hubby lepas try makan kat rumah hoshino sensei dulu. So kami pun beli tepung okonomiyaki dan sos dia. senang pula jumpa sos yang boleh dimakan. tapi kalau kat jepun pun biasa jenama jusco memang ok, cuma nak ke jusco tu jauh sket dari rumah masa di jepun. pernah shopping di jusco sampai 5000yen.

Care to comment?


Thursday, 5-Nov-2009 05:56 Email | Share | | Bookmark
Raya 2009

berenti sekejap
ahli kereta kami
main bunga api
View all 26 photos...
Salam..

punyalah lambat buat entry raya, tapi tarikh dah tukar ke tarikh raya. minta maaf la banyak-banyak. banyak sangat benda lain yang nak dibuat sampai kurang rajib sket mengupload gambar. Raya tahun ni first time beraya sebagai seorang isteri. Raya first dan second balik kampung ayah di Gerik. Seterusnya baru beraya di rumah mertua di KL. tapi takde ambil gambar pula masa raya rumah mertua tu. Yang ada cuma di Gerik, itupun dari kamera ayah dan Cu Man.

Tahun ni 3 je adik-beradik ayah yang balik. Jadi ada 3 tema warna je.

Ada gambar yang jauh dan ada masuk orang lain sket2. malas nak edit gambar. main upload je semua. nanti la bila rajin baru edit(macam tak kan berlaku je)

Care to comment?


Saturday, 9-May-2009 06:54 Email | Share | | Bookmark
walimah rumah pengantin lelaki

 
 
ayam yang telah bertukar menjadi itik
View all 40 photos...
ni kenduri rumah lelaki pula. tema hijau. yg ni hanya ada gambar dari satu sumber je sbb yg lain tak dapat lagi.

hanis.. semoga bahagia selamanya Sat 1-Aug-2009 15:23
Posted by:kak yani  - [Link]
hanis.. semoga bahagia selamanya Sat 1-Aug-2009 15:24
Posted by:kak yani  - [Link]
Add comment


Saturday, 2-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
walimah di shah alam

 
 
 
View all 38 photos...
agak segan nak upload gambar sebenarnya tp cam byk sangat request. cuba edit tapi tak menjadi. jadi akan upload gambar yg beramai2 sahaja ye.

agak kurang suka dengan muka sendiri sebab nampak lain.

untuk gambar yang lebih personal, sila datang rumah dan tgk kat album (tp album tak siap lagi. )

yeh muka hanis nampak lain sket tp canteklahh Wed 17-Jun-2009 06:13
Posted by:aidainora
Add comment


Friday, 1-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
majlis pernikahan

nak pegi surau dah ni
dengan hannah n haikal
 
View all 55 photos...
Alhamdulillah... semoga Allah memberi barakah ke atas pernikahan kami.

terima kasih semua yang turut sama membantu, memeriahkan dan mendoakan.

Care to comment?


Friday, 3-Oct-2008 01:22 Email | Share | | Bookmark
sotsugyou shiki

 
 
 
View all 18 photos...
Alhamdulillah...akhirnya selepas 4 tahun setengah di tokodai akhirnya berjaya mendapat segulung ijazah(walaupun ijazahnya tak digulung di sini). gambar dari kamera yati belum amik lagi. ini just dari kamera una. thanks for those who coming. semoga kejayaan ini berguna buat diriku di akhirat sana.


kak hanis..sotsugyo omedetou!!!..doakan kami yang masih kt nihon ni ye Sat 4-Oct-2008 11:05
Posted by:siti
Add comment


Monday, 18-Aug-2008 00:06 Email | Share | | Bookmark
ohimesama

dalam proses bersiap
 
ikat perut kuat2
View all 38 photos...
Dah lama betul tak update fotopages ni. sbb dah jarang amik gambar. jadinya nak tunggu gambar dari kamera org lain tu lambat la sikit. lagi satu, gambar dah tak berkumpul ikut peristiwa jadi cam pening sket nak update camna. ini gambar masa jadi ohimesama. makcik baito beria sangat nak belanja sebagai hadiah graduation. kalau dia tak belanja tak dapat la merasa kan. hehehe. seronok juga walaupun di tengah2 bulan ramadhan.


Care to comment?


Saturday, 28-Jun-2008 02:01 Email | Share | | Bookmark
ukkhuwah

meredah salji
 
 
View all 9 photos...
dah lama tak update fotopages ni. tiba-tiba rasa nak update pulak. tapi tak banyak gambar baru pun.
just nak letak gambar bersama kawan.

semoga ukkhuwah yang terjalin kekal selamanya.
walau di mana kita berada insyaAllah kita menuju ke arah yang sama.


p/s-gambar tidak mengikut tempat, cuaca dan peristiwa

*dah 6 bulan masuk 2008 baru ada byk ni je gambar. huhu

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.